Selasa, 17 April 2012

Sejarah Bola Sepak

 
Sejarah Bola Sepak
Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud dinegeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainanbolajuga telahdiperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yangmempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular.Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkanbagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkanpemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telahditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjayamenggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undangini kemudian berkembang menjadi undang – undang bola sepak hari ini.Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan BolaSepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga iniditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakilpersatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaanUndang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepakmenjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen danpenjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkatprofessional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bolasepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihatperlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bolasepak pada peringkat amatur.Mengikut kajian yang dilakukan olehFédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebihdaripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar